Sunday, January 17, 2016

Miss them so much!! #throwback

Pn. Kamariah dan En. Mohamad... (^_^)

my aunty! Su!

kurang sorang!

lepak akhir Disember 2015!


ok. Mak I lagi tinggi dari ayah I... hikhik







oppsss.. candid!!



these men most important men to me. But sometime I don't know how to show it!

My name is Chacha!! rindu kt budak ni laaa...



bila si mubin n simah mesra utk dpn camera... haha
dan TAHNIAH utk Fatin Farzanah utk graduation!!

#Istighfar



Assalamualaikum... Yana nk pinjam 10 saat ble bukak blog ni utk baca ni ye.

 - kalau xloading lama sgt utk gambar... (^_^)




 





Alhamdulillah...


liyana




Already 2016!!!

Assalamualaikum....

dah masuk tahun 2016 dah nihhh... mmg berhabuk dan lebih dr berhabuk dh blog ni agaknya... 
Pertama sekali yana ucapkan selamat tahun baru walaupun dh nk hbs bulan Januari dh pon nih... 
kedua, Alhamdulillah yana masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi Allah ini dan diberi peluang utk melihat wajah2 orang tua ku. 
ketiga, Alhamdulillah diberi kesempatan mencari peluang mengutip ilmu selagi mampu dan berkongsi ilmu. 
dan seterusnya , akan dilalui kelak. Pelbagai pengalaman dan ilmu perlu dikutip utk meneruskan kelangsungan hidup. tuh dia ayat, xleh blaaa tuh...

Sejak dua menjak ni terlalu byk isu yg ak dgr dalam kehidupan seharian. Tugas ak sebagai seorang guru pon byk ajar ak pelbagai perkara. Kehidupan, kasih sayang, pengorbanan, perasaan dan mcm2 lagi. Tapi berbeza apabila berada di kawasan yang berbeza. Jangan terlalu cepat menyamakan apa yg pernah dilalui dgn situasi yg dihadapi. Lain tempat lain pengalaman. Yang membezakan mcm mana kita berdepan dan menguruskan situasi tersebut.

Sebenarnya nk berkongsi rasa je kt sni. Adakalanya kita rasa stress bekerja walaupun sebenarnya kerja yang perlu dilakukan bukannya terlalu berat tetapi kerana suasana dan situasi yang membuatkan kita rasa tertekan dan timbul pelbagai perasaan. Faktor?? ada banyak faktor. Antaranya , pentadbirannya, suasana sekeliling, dengan siapa kita berurusan , dengan siapa kita berdepan dan sebagainya... Tapi adakalanya berbeza pula bila mana kita tak merasai tekanan kerja walaupun badan terlalu penat bekerja siang dan malam. Bukan kerana betapa teruknya kerja tapi suasana yang dilalui dalam berdepan dengan tugasan yang berat itu. Dalam erti kata yang sebenarnya ak tak menolak kata-kata bahawa "A bad job with a good boss is better than a good job with a bad boss". Untuk  hal ni, ak xbyk komen sbb kata-kata tu dah menunjukkan situasi apa yg ak rasa skrg ni. 

Dan untuk hilangka tekanan tu , antara nasihat nya ialah:

1. Kurangkan stress dengan bersenam . 
Yang ni mmg perlu ok. Agak berkesan. Nasib baik rumah ak depan padang sekolah. hujung minggu je la ak boleh ke padang sbb ak mengajar petang. Pagi kan murid2 sekolah guna. Segan kot nk lari ngan budak2 tu. hihi..

2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

#yang ni nasihat dari blog  AkuIslam

3. Hilangkan stress dengan membaca Al-Quran.

Haaaa.. ni ubat yang paling mujarab sekali. Sebab ak selalu ambil ubat ni. Bila2 masa pon bacalah Al-Quran.
"Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

4. Yana cadangkan anda lawati blog ni .
      i) Blog Aku Islam 
      
      ii) Muhammad Khalid dalam blog Panduan Saya

     iii)1 klik (yg ni lagi special siap kasi definisi.. 

     iv) ciktom.com


sebab byk sgt pandangan dan cara nk uruskan stress ni kan.. alang2 nk share, tolong share blog yg sempat yana masuk je la... hehehe. xpe kannnnn....




Sebenarnya , semuanya adakalany bermula dari kesukaran dan yang membuatkan kita kuat hadapinya bila kita tabahkan juga hati berdepan dengan semua masalah. Adakalnya mengeluh xmembawa ap2 keuntungan, tapi bila cuba untuk mencari penyelesaiannya ianya mampu memberi pelbagai kebaikan pd kita. Jadi berfikirlah dengan bijak dalam menguruskan stress dan juga masalah ditempat kerja.


liyana