Saturday, June 22, 2013

UPDATE #2

Hey, Im Back!!

Setelah berbulan2 ak xupdate ak punyer blog…
Okey lah, ak update ni bukan nk ckp pasal nape ak lama xupdate ke ap..just nk lepaskan rindu lama xberblogging… hehehe




Perlu ke kita balas sikap seseorang tu??

Ok. Ni pendapat ak lah..tp sebelum tu ak nk  tanya, kita sebagai manusia ni sebenarnya lebih selesa bersikap positif atau negatif? Mostly, jwpn yg akan diberikan adalah bersikap positif bukan. Tau kenapa, sb kdg2 kita akan rasa penat kalo asyik nk bergaduh sana sni, cari masalah sana sini kan? Jadi, jalan yg terbaik adalah cuba memberikan yang terbaik. Okey lah, ak cuba bagi satu contoh lah:

A: Kenapa dgn C tu ek? Aku dah layan dgn baik, tp last2 dia layan ak dengan teruk.

Jujur ak ckp, ramai org buat sesuatu perkara tu untuk dptkan balasan. Tapi sebenarnya mereka lupa yang Allah saje yg berkuasa utk beri balasan tu. Untuk situasi kt atas tu, mesti ramai yg pernh ckp kan atau lebih kurang lah, kan?

Bagi aku, jangan pernah menyesal kalo korang buat baik dengan sesiapa pun, kdg2 walaupun dgn musuh kita sendiri. Sekali kita beri sesuatu kebaikan pd org lain, mungkin kita xdapat perkara yg sama dari org tu tapi dengan IZIN ALLAH, mungkin Allah akan sampaikan kpd org lain utk kita.


Contohnya:
Kalau kau memudahkan sesuatu kerja untuk org lain, mungkin kdg2 kerja kita belum tentu akan dipermudahkan tetapi siapa tahu sesuatu perkara berkaitan dengan org yang kita sayang akan dipermudahkan. Tak rugi jika kita sentiasa bersikap baik terhadap org lain terutama kpd org yg lebih tua.

Kita mungkin masih ada ibu bapa, adik beradik, dan mungkin juga suatu hari nanti kita akan mempunyai keluarga kita sendiri. Tanpa kita sedari dengan IZIN ALLAH, dia telah membayar segala kebaikan kita yang dahulunya melalui keluarga kita. Sebab Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya. Mungkin Dia xberi apa yang kita minta tapi Dia akan beri apa yang kita perlu.


Kita mungkin xtau apa yg akan kita berdepan kelak, tapi apa yang pasti selagi kita hidup dalam masyarakat, sedikit sebanyak kita akan bergantung dengan bantuan org disekeliling kita. Xda manusia yg boleh hidup sendirian kot. Kita mati nanti pun, org lain yang akan kapankan dan sembahyangkan untuk kita. 


Walaupun hakikatnya kadang2 kita sendiri yg rasa sakit hati, tapi sakit hati tu memenatkan. Marah2 pun sama kan. Kita jugak yg rasa penatnya.. So, being nice can help u release the bad feeling towards some people. Treat them as you are, that is the better way... 

love, 
liyana.

UPDATE #1 : about the 3 weeks..

Cuti ak baru2 ni bermula 23/5 sehingga 16/6 2013. Lama gak tu. 3 minggu kot. Hehehe.Tapi korang tau, yg cuti ak sebenarnya hanya pada minggu 1, tp xda lah rupa sgt minggu pertama sbb time tu, mak ak tengah pening utk buat kenduri tahlil dan sekali tuk kesyukuran adik ak.

Tapi paling penat time minggu ke-2, even semua org pun ad. Wani pun ad balik, simah sememangnya ada kt umah. Tp ak perasan, kerja ak byk kt bwh dr duk dapur… hahaha.. nasib lah. Duk angkat kayu (xdalh byk sgt), angkat meja sna sni, yg paling lawak, pagi kenduri, ak kena angkat kambing yg dah disembelih ke blkg umah ak tuk disiat-siatkan kulitnya. Sekor plak tu!! Amboiiii!! Dh lah , pg2 lpas ak smbhyg subuh dipanggilnya ak tuk wat keje2 tu.. ish2. Tapi sbb kaki ayah ak cedera skit, so ak kna wat keje2 tu.

Tapi Alhamdulillah, atas kerjasama org kg yg dtg gotong royong, kerja2 jadi cepat dan ringan. Mungkin zaman sekrg org lain lebih suka buat kerja dengan ambil catering tp kiteorg lebih suka buat kerja secara gotong royong. Itu lebih menampakkan kerjasama antara manusia. Walaupun kadang kala memenatkan dan mungkin sedikit sebanyak menyebabkan rumah jadi bersepah tapi itu lebih baik dr nmpk bersih tp syg tiada nilai murni yang diterapkan. Kan?

Kenduri tu dijalankan pd 4hb Jun. Lepas tu, 6/6 kwn2 ak dtg singgah kt umah before dieorg p Pulau Redang. Selamat Datang kpd Nis ,Fyrda, Maisarah, Min dan suaminya… maaflah rumah ak time tu tgh bersepah sgt. Xtau korg selesa ke tak tp yg pasti ak da sediakan perkhidmatan free tuuu.. hahahaha.. hopefully korg xserik dtg umah ak lagi. Hehe.Terima kasih sbb sudi singgah.

mak ak lah yg pakai baju tidur tu.. ish2.. min yg upload gmbr ni.. ak tumpang copy naaaaa.. hehehe

Lepas tu, minggu ke-3, byk kuar jugak sbb mak nk g sna sni. Ak nmpknya dh kena jdi drivernya.Terima kasih kt ayah sbb sudi repair & service keretanya demi ak. Before ni krg kasi sgt tp mcm dia da percayakan ak.. hehe. Alhamdulillah… thanks AYAH!! And SAYANG AYAH!! Hehehe. Eh, MAK pun yana sayangggggg... 

Dan 17/6/2013 akan bermula lah semester terakhir ak di IPG ni.. ak tak tau mcm mana akan ak berdepan dengan cabaran dan dugaan yang akan dtg nanti.

Cuma satu doa ak, semoga semua urusan ku akan dipermudahkan oleh-Nya dan jika itu dugaan yang diberikan-Nya, Kau kuatkan lah ak Ya Allah…. 



Love,
liyana