Wednesday, March 13, 2013

Dah hampir 2 bulan dahhh.....

Assalamualaikum...

dah hampir 2 bulan dahhh....
eh, korang jgn ingat perkara lain pulak.
Aku ckp pasal tempoh PRAKTIKUM  ak tau..
hahahha..
korang jgn igt ak ckp pasal perkara lain plak.

ok, dah hampir 2 bulan ak berpraktikum kt SK LENDU ni.
So far, everything is going right.
kdg2 ad mslh jugak, dh namanya hidup. Kalau xda masalah, org tu yg bermasalah tuuu..
hahaha.

Ak da 2 kali diobserved oleh pensyarah pembimbing major n minor, guru pembimbing major n minor pun sama. so, far, itu lah pengalaman. Baik buruk ak perlu terima tegurannya. Dah namanya ak dtg tuk bljr bukan kerja lagi kan.

Gambar kali ni ak xbrapa nk amik byk sgt. Sbb ak da tukar kamera lain. Ak mampu beli yg murah saje. tp janji warna cantek, gambr yg ak shot cantek, dan MURAH! hehehe. pndai2 lah kita memmilih apa yg terbaik kan. kdg2 jgn hanya melihat jenama dan harganya saje.

Sekolah kali ni lebih kpd persekitaran kampung, igtkan ak ttg kampung ak jugak la..
Tapi bdk2nya ad yg nakal2 sgt, sabar je laa...
setiap kali memerhati , mesti ak byk berfikir dan insaf. Sbb yg dtg adalah ibu bapa. Mereka mengharapkan yg terbaik dr anak mereka dan yg akan menjadikan anak mereka siapa kelak adalah guru-guru yg mengajarnya.
Tugas GURU bukannya senang . Jgn korang anggap guru2 ni dtg awl pagi, balik awl mcm xda tugas. Kami bukan hanya memberikan ilmu tp perlu mendidik mereka menjadi manusia yg berguna kelak. Walaupun bukan cemerlang tapi cukuplah menjadi seorang manusia yg boleh berbakti kpd ibu bapa, bangsa n negara.

ok, pasal sekolah ak akn update kemudian.Sbb byk perkara yg boleh ak ceritakan ttg sekolah ni.


***************************************************************
 
ok sekarang lari dr topik sikit.
ak cuma nk ckp2 jer.. hehehee
 
KEBIASAAN..
 
korang  tau apa tu kebiasaan?
ianya ttg sesuatu rutin yg da jadi mcm sebahagian dr hidup korg. 
contohnya lah. ni ak amik satu situasi la.
mcm ak, mmg ak anak org terengganu tp disbbkan ak byk communicate dgn org sekeliling ak dgn bahasa standard jadi ianya dh jadi kebiasaan lah.  Ni ak tulis blog pun ak guna bahasa yg korg mudah nk faham kan?? cuma kdg2 ak tulis je bahasa ap yg ak nk guna kan?
kan?
cuba kalo korg duduk dgn org2 lain yg memerlukan korang ikut bahasa dieorg tuk satu tempoh yg lama. lpas tu cuba balik ke tmpt asal korg. Tgk , bahasa apa yg korg guna nanti. 
Jangan hanya tahu nk ketawakan apabila ianya kedengaran janggal di telinga kita. 
Pastikan dgn betul dulu bru boleh ketawakan. 
Ur mind is too wide. Don't make it become so small. 
kan?
Tapi apa pun, ak nk ckp yg Kebiasaan ni mmg sebati dgn diri kita. Kita mesti akan ada satu tabiat xkiralah baik atau buruk. 
Tapi kalo baik perlulah kita kekalkan tp kalo buruk cuba ubah walaupun sedikit demi sedikit. 
Kita xkan mampu nk ubah 100% pada masa yg terlalu singkat . Ia akan mengambil masa. 
mcm isu memakai tudung, pelik ak tgk. Selagi seseorang tu memakai tudung walaupun dgn pebagai gaya tetapi masih menutup aurat, xsalah pd pandangan ak. Cuma yg membezakan adalah lama-kelamaan dia akan memakai tudung yg akan mengikut syarak. Mungkin ada yg bru nk cuba memakai selendang. mula2 boleh cuba dgn selendang, kemudian, dah ttp semua rambut, kemudian, cuba tudung yg da besar sikit. lama kelamaan, seseorg tu akan terbiasa dan xbetah menutup aurat. Malah, akan berasa malu kalo xpakai tudung. 
kan?

Erm, byk jugak ak membebel. Lama giler rasanya x bukak blog ak ni.
lagi satu ak nk bgtau, LAPTOP ak da rosak. so, da tukar yg BARU!! huhuhu.
Laptop ak beli kali ni sgt murh. tp cuma ak sje yg perlu pndai nk godam nyer.. 
Ini mesin , bukan manusia. Mesin ko bley godam n baikinya. Manusia ko xkan mampu nk kawalnya sbb dieorg ada hati dan perasaan dan akal. 
Betapa hebatnya ciptaan ALLAH. Dia menciptakan manusia yg hebat dan mengurniakan akal yg membolehkan manusia mencipta mesin. 
Allahuakbar!! 

Ak yg mencoret. 
Sbb ak blogger la.
-liyana-