Saturday, January 5, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..!!

Walaupun hari ni dah 6 Januari 2013, tapi ak rasa masih belum terlambat utk ak ucapkan selamat tahun baru kepada semua kot..hehe.

Sempena tahun baru ni, aku xda lah menanam azam yang baru dan tapi aku harap dapat penuhi azam2 ak yg sebelum ni. Aku rasa korang semua mesti ada azam baru kan???

Okey lah, apabila tahun baru bermula maka, akan banyak lah kisah baru akan timbul.
1. Aku bergelar sebagai pelajar tahun akhir di IPG ni.
2. Umur aku akan meningkat setahun (24 tahun laaa)
3. Kerja semakin bertambah.
4. pemikiran kena lebih matang lagi terutama dalam membuat keputusan.
5. errk, perlu ke ak pikir pasal kahwin ni ek??? Calon xda lagi ni.... ermmmm


Tapi doa aku ialah semoga aku dipermudahkan semua urusanku dan diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan-Mu Ya Allah..

***************************************************************

Setiap langkah kita tidak selalunya betul dan tepat, mungkin adakalanya kita boleh elakkan becak yang ada, tapi adakalanya kita perlu memasuki becak tersebut. Sbb, kdg2 kita xkan tahu sedalam mana becak tu, dan dari situ kita akan belajar bagaimana utk keluar kembali dr becak tu.

Jadi, maksud aku kat sini, perjalanan hidup kita tak selalunya indah dan sentiasa berjalan lancar, kadang2 pasti akan ada halangan dan dugaan yang menimpa. Tapi bergantung pada diri sendiri bagaimana kita menangani dugaan itu. Tak salah jika kita pernah gagal dalam sesuatu perkara tapi belajar lah dari kesilapan dan kegagalan itu supaya ianya xkan berlaku lagi dan kita xkan membuat kesilapan yang sama pada masa akan datang. Tak salah juga jika kita gagal berkali2 walaupun sentiasa berusaha, asalkan kita boleh belajar dan sentiasa perbetulkan kesilapan tu. Kan??

*Selingan je ni.. hehehe...


entry kali ni ak just nk cakap SELAMAT TAHUN BARU 2013 je.. hehe

love,
liyana

No comments:

Post a Comment