Saturday, January 19, 2013

Ia mula balik dahhhhhh...

Assalamualaikum semuaa...

Korang tahu ak ad kt mana sekarang???
di Alor Gajah, Melaka.
Ceh, mcm lah jauh, dlm Melaka jugak kan.. hahahha.
Tapi kali ni lain sebab ak akan tinggal dalam rumah bukan HOSTEL.
Bukan hostel yer!!!
hahaha

Anyway, bila ak cakap ak da mula masuk rumah sewa, so, aku jugak akan mula berpraktikum selama 3 bulan di SK Lendu, Melaka.
 Ak rasa kali ni, mood ak pd level ZERO!!! because I think I'm not ready yet to being in school.
And for the first met with my PPM, its make me quite uncomfortable.
How good u r, how expert u r, how strict u r, don't make the people on ur first met being in uncomfortable to u. Because, everyone is unique and u don't know how they r for ur treat.
Honestly, I don't know how its going for this 3 months for my practical.

Aku xtau mcm mana hari2 yg mendatang, baik atau buruknya, ak kena terima jugak sebab itu yg ak putuskan. nk atau xnk pun ak kna ikut jugak sbb itu yang ak diarahkan.

Jadi, kwn2 tolong doakan saya yer. Semoga saya tabah hadapi semua dugaan yang mendatang kali ni.
Kepada-Nya juga ku mohon perlindungan dan kekuatan atas segala ujian-Mu.. Ya Allah..

So, nantikan entry yg akan dtg mungkin 3 bulan akan dtg atau pun dlm masa yg terdekat ni. Ak akan menceritakan serba sedikit utk praktikum kali ni. Praktikum Fasa 3!

love,
liyana


Saturday, January 5, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..!!

Walaupun hari ni dah 6 Januari 2013, tapi ak rasa masih belum terlambat utk ak ucapkan selamat tahun baru kepada semua kot..hehe.

Sempena tahun baru ni, aku xda lah menanam azam yang baru dan tapi aku harap dapat penuhi azam2 ak yg sebelum ni. Aku rasa korang semua mesti ada azam baru kan???

Okey lah, apabila tahun baru bermula maka, akan banyak lah kisah baru akan timbul.
1. Aku bergelar sebagai pelajar tahun akhir di IPG ni.
2. Umur aku akan meningkat setahun (24 tahun laaa)
3. Kerja semakin bertambah.
4. pemikiran kena lebih matang lagi terutama dalam membuat keputusan.
5. errk, perlu ke ak pikir pasal kahwin ni ek??? Calon xda lagi ni.... ermmmm


Tapi doa aku ialah semoga aku dipermudahkan semua urusanku dan diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan-Mu Ya Allah..

***************************************************************

Setiap langkah kita tidak selalunya betul dan tepat, mungkin adakalanya kita boleh elakkan becak yang ada, tapi adakalanya kita perlu memasuki becak tersebut. Sbb, kdg2 kita xkan tahu sedalam mana becak tu, dan dari situ kita akan belajar bagaimana utk keluar kembali dr becak tu.

Jadi, maksud aku kat sini, perjalanan hidup kita tak selalunya indah dan sentiasa berjalan lancar, kadang2 pasti akan ada halangan dan dugaan yang menimpa. Tapi bergantung pada diri sendiri bagaimana kita menangani dugaan itu. Tak salah jika kita pernah gagal dalam sesuatu perkara tapi belajar lah dari kesilapan dan kegagalan itu supaya ianya xkan berlaku lagi dan kita xkan membuat kesilapan yang sama pada masa akan datang. Tak salah juga jika kita gagal berkali2 walaupun sentiasa berusaha, asalkan kita boleh belajar dan sentiasa perbetulkan kesilapan tu. Kan??

*Selingan je ni.. hehehe...


entry kali ni ak just nk cakap SELAMAT TAHUN BARU 2013 je.. hehe

love,
liyana