Saturday, December 7, 2013

December #Part 1

Assalamualaikum...

Start bulan November 2013 baru ni, secara rasminya, ak lah penganggur terhormat kt umah. Tapi in the same time, ak lah pengasuh kpd sepupu2 ak... dan keadaan tok wan ak jugak tidak berapa sihat.
Time cuti dan akhir tahun cm ni jugak, akan banyak dpt jemputan dan undangan ke majlis perkahwinan. Dan yg paling kurang bernasib baik, kemungkinan besar akan berlaku banjir2 di kawasan  pantai timur. Sehingga ke hari ni (7 Dis 2013), banjir2 banyak berlaku di kawasan Pahang, Terengganu dan Johor. Terengganu paling teruk di area kemaman sana.. sangat teruk dengarnya sehingga just nmpk atap rumah je kot. Selagi kita mampu membantu, bantu lah mereka. Adakalanya duit bukan maslh utama, tp bekalan dan keperluan asas melebihi nilai wang tu sendiri.
Betul x? Sbb, kalo ad duit kt tgn pun, even bot or sampan pun xda nk kuar p beli, tambahan pulak ad mknan mentah tp elektrik pun xda.. So, bg lah apa yg sesuai..

So, semalam cousin ak akad nikah dan hari ni majlis di rumah perempuan. Honestly, quite boring. I just can come and eat. Nothing to do and nothing left as a memory, because can't have any pictures!! hahaha. Tu dia.. ak ni kalo x komplen xsah gamaknya. Ye lah, cousin kot.. brg2 hantaran dia ak pun p tolong carikan, so, nk jugak ak bergambr ngan dieorg.. dh itu keputusannya, mmg kena hormat lah kan.. So, I just come and eat. Meriahkan majlis org. Di sebabkan ak hormatkan permintaan cousin ak ni, jadi JUST this pictures for post laa.. hehehe. (Mohon anda memahaminya yer.hehehe)




Ni yg cousin ak gubah sendiri. I mean bukan pengantin tu. Si Sarah yg gubahkan.. Boleh tahan laa.. hehehe


 Jadi, TAHNIAH kpd Hafiz & Humairah. 


Tapi, pd masa ni, ak pun tgh tunggu nama ak kuar utk interview SPP. Ak bimbang bila nama ak akan kuar dan jugak apa yg akan ak bakal berdepan nanti. Mungkin byk perkara berlaku dlm masa2 ni...  Tapi semuanya xmampu ak nk jangka sbb ianya bukan kuasa ak utk tentukan apa yg berlaku nanti dan apa yg tersembunyi di sebalik semua yg berlaku ni.  Semoga semuanya di permudahkan oleh-Nya.


***************************************************************

 Ok, ak nk lari sikit dr hal yg disebutkan di atas. Ak nk bg pandangan skit. SIKIT jerr...
Apa yg kita lalui hari ni, adakalanya berdasarkan apa yg telah diputuskan pd masa silam kita. Namun, xsemua kisah silam kita perlu diungkitkan, krn hari ini berbeza dgn hari sebelumnya. Dan yg membezakan kita pd hari ini dan dulu adalah siapa kita pda hari ini dan bagaimana sikap kita hari ini. Kadangkala sesetengah org suka menilai kita berdasarkan kisah silam kita. Part tu mmg ak xsetuju. Sbb, hari ni kita mampu menjadi lebih baik dr semlm.. Ak percaya bahawa setiap org boleh berubah dan ianya sama ada dr baik kpd jahat atau dr jahat kpd baik atau pun sebaliknya.

Begitu juga apabila melibatkan adat dan budaya. Adat dan budaya setiap masyarakat adalah berbeza. Jadi, setiapnya adalah berbeza2 dan yg membezakannya adalah sejauh mana ianya terlalu taksub terhadap adat dan budaya masing2. Kan??
Bagi ak, xsalah, selagi xlari dr landasan agama, dan ianya tidak memudaratkan nyawa org lain, kita mampu membuat satu kelainan dan ianya still tidak menyusahkan org lain.. kan??

Ok lah, tu je ak nk melalut setakat ni sbb ketiadaan masa ak nk meng'online' kan diri.. hikhik.. apa punyer bhsa lah ak guna tu. Doa2 kan lah tok wan ak supaya kembali sihat dan dlm keadaan yg baik. =)

Love,
liyana



Sunday, November 17, 2013

5 Tahun 5 Bulan #part 2

Assalamulaikum.. sementara ak masih free dan xbuat ap2, so keje ak meng'update' blog dan merapu di laman2 sosial ni haa... 
Tapi di kesempatan ni jgk, ak tgh jaga tok wan ak yg xberapa sihat. Tokwan dah xmampu nk buat ap2 dh skrg. So, ak nk jaga tokwan ak la skrg.
Mostly gmbr2 ni kiteorg amik time Dinner Batch (30 November 2013) hari tu.. mcm2 hal jd sepanjang proses nk siapkan dinner ni.. (credit to Am and fiqa...)

me, zah & puan Am.. hehe

Ni ieda dan Izzaty...

sengih sikit..

ni jijie.. bakal ibu.. Tahniah jie..

4 gangs & am..

qem, liya, and Nadh..

us..

me, nis, tiah, nurul, & am...

sempat lg.. hehehe


qem,dan izzaty..

makan...

dayah, am, & reen.

Opsss.. tersilap masuk.. haha.. Not that hot.. huhuhu.. I'm still single.. hehe

2 org ni berkawan baik.. Afiqah & liya..

I'm teacher to be.. hehe. In Shaa Allah..

hikhik

Final year k. bukan Year Final. hahha

ni kiteorg mkn kt Api Api.. mmg berapi weh, sbb asyik ckp "Api api..dapur ni besar apinyer.. "hahaha

ni je kot gmbr2 setakat ni. Sbb yg lain2 ak prnh post before ni sepnjng ak ad kt IPGK PM tu
So, sejak beberapa hari ni akan bermula lah ak sebagai penganggur terhormat.. dan ak perlukan kerja. sebarang kerja sbg part time ak.. hehehe.

Love,
Liyana



Saturday, November 16, 2013

5 tahun 5 bulan !! #Part 1

Akhirnya setelah hampir 5 tahun 5 bulan ak dan kawan2 ak berdepan dgn pelbagai pengalaman suka dan duka, berkongsi kenangan, mengutip ilmu dan pengalaman dan mcm2 lagi.

Sebenarnya, ak ni jenis yg malu nk ckp depan2 yg ak SAYANGKAN KAWAN2 PL 1 Jan 2010, thats mean bdk2 kelas ak la.. Even setiapnya ad kerenah mereka yg tersendiri, tp berada di bwh satu bumbung yg sama selama 5 tahun lebih, telah buatkan ak terima kwn2 ak seadanya. Siapa mereka, mcm mana pun mereka, mereka ialah org bergelar SAHABAT!!

Kadang kala, perasaan marah geram, sakit hati, tension, dan mcm2 yg negatif lagi bukannya xda, tipu kalo ak ckp xda, tapi lama mana pun perasaan tu wujud, dan kdg2 ianya xsampai 10 saat pun sbb ad kenangan manis dan kebaikan mereka yg terlintas dihati kecik ni dulu. Pelik kan manusia ni???
Tapi tu lah, "Jangan hanya satu kesilapan mereka, seribu kebaikan mereka langsung xdpt diingat."

Serius ak ckp, sepanjang bersama bdk2 ni, setiap kerenah, perangai dan dri belakang pun ak dah tau itu korang. Berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman, buatkan ak sentiasa ingatkan korang tau tak??! Bukannya ak xprnh amik tahu, ak cuma suka dgr dan tgk keletah korang dan ak tahu semua tu. Cuma ak lebih suka dgr dan perhati. tau2 je lah ak ni bknnyer suka berckp sgt.. Hahahahha..

Dan serius ak cakap, even ak prnh marah korang pun, sekali pun ak xberniat. Dan ianya xkan pernh lama pun. Kdg kala mmg ak marah dan ckp yg lepas je, tp seminit dua jer.. hahahha. Sbb ak ni mana reti nk marah lama2 sbnrnya, ak bukannya pikir sgt pun. Lpas 5 minit tu ak ckp cm bese lah.Kan? Perasan tak?? hahaha.






This is us!!!

Me & husna..



Part of us!!

With my mentor, Mejar Zainal Abidin..



Actually, ni semua gmbr2 time Dinner Batch ak.. hehehe.. gambr2 lain ad, tp tenet 'baik' slow punyer.. So, just apa yg ad je la.. huhuhu
Next post will be about this too. Maybe...

Love,
liyana




Saturday, July 13, 2013

#RAMADHAN 1

Assalamualaikum dan salam RAMADHAN!!!

Ok, this is the first week that I’m fasting at my rent house. Huhuhu.. really miss my real home…
Rindu nk bukak pose ngan mak n ayah. Tapia k rasa  mcm nil ah last time ak akan berpuasa di Melaka. Sbb ni tahun akhir aka kt sni kan? In Syaa Allah…
Ak xtau lagi mcm mana perjalanan bulan Ramadhan ak kali ni tapi ak harapkan ianya adalah yang lebih baik dari tahun hadapan. Kerana tahun ni, ak mempunyai kesempatan yang agak banyak untuk ak luangkan masa untuk bersama-Nya.
Baiklah, kalo nk bercakap pasal puasa or raya ni, ak rasa xsesuai lagi kot. Sbb masih di awal waktu. Kan?? So, di awal2 ni ak Cuma boleh cakap


SELAMAT BERPUASA
DAN
 KUTIPLAH AMAL SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT KELAK KETIKA DIBULAN RAMADHAN INI.

Kalo tahun lepas ak berpuasa di SK KG TUN RAZAK, MELAKA, tapi kali ni ak berpuasa di SK LENDU, ALOR GAJAH, MELAKA. Setelah hampir 5 tahun berada di perantauan, dan selama 5 kali jugak lah ak berpuasa di negeri orang. Pelabgai gaya dan ragam ak dapat lihat. Sungguh, peluang yang ada mestilah dihargai dan nikmat yang diberi, gunalah sebaiknya.


Salam RAMADHAN,

liyana

Thursday, July 4, 2013

# Internship - Part 1

Assalamualaikum korangggggg...
Setelah hampir seminggu (bru hari ke-empat) ak ber'internship' kt SK Lendu, Melaka ni, hari ni kiteorg ada Hari Sukan bagi sekolah ni. Untuk hari ni. ak just nk tunjuk sikit gmbr laa.. sbb masa ak praktikum dulu kt sekolah ni selama 3 bulan, ak sempat amik beberapa keping gmbr jer, yg lain xsempat sbb sibuk berpraktikum jer. Tapi kali ni, even PROJEK bagi internship ak ad 3 projek dan dengan esaimen2 nyer ad lagi dan kena htr after internship, ak smpt jugak amik beberapa keping gmbr. Cuma kali ni gmbr2 hanya berkisar tentang Hari Sukan SK Lendu. 

So, ak xnk ckp pepanjang lah kan, kalo korg nk view gmbr2 ni, korang scroll down je page ni k!! 


This is Cikgu Hani... Cikgu bg rumah kuning... peace!

kontigen perbarisan rumah kuning..

ni plak kontigen rumah hijau (rumah ak lah tu.. )

ni kontigen rumah merah. yg senyum manis tu  Kak Linda, cikgu rumah merah ni.. -smile~~

ni plak kontigen rumah biru. Warna kegemaranku dan yg kt tepi tu Kak Ros selaku cikgu rumah biru ni.. 

beratur jgn xberatur.....

hijau boleh!!





ni plak perbarisan bg kanak2 pra sekolah...

ni haaa ketua dieorg....

barisan VVIP...(knan sekali Guru Besar SK Lendu)








barisan VVIP...

wah, ni barisan guru-guru yang berpengalaman. 


Perjalanan program Hari Sukan ni berjalan dengan lancar namun, dengan keadaan yang tidak mengizinkan bila hujan turun pada pukul 4 ptg lebih. So, ada sukan yg akan berlangsung pd minggu dpn.. 
Anyway, it quite different about the ceremony between at this school and my ipg.. of course it is!! This is school, and IPG is the place u need to be train to do it urself!! aiyaaaa... Am I right??? 

**********************************************************

There are always a chance that u will learn something from the people by ur surroundings. Even it is bad or good, u need to think by ur self...


love,
liyana

Saturday, June 22, 2013

UPDATE #2

Hey, Im Back!!

Setelah berbulan2 ak xupdate ak punyer blog…
Okey lah, ak update ni bukan nk ckp pasal nape ak lama xupdate ke ap..just nk lepaskan rindu lama xberblogging… hehehe




Perlu ke kita balas sikap seseorang tu??

Ok. Ni pendapat ak lah..tp sebelum tu ak nk  tanya, kita sebagai manusia ni sebenarnya lebih selesa bersikap positif atau negatif? Mostly, jwpn yg akan diberikan adalah bersikap positif bukan. Tau kenapa, sb kdg2 kita akan rasa penat kalo asyik nk bergaduh sana sni, cari masalah sana sini kan? Jadi, jalan yg terbaik adalah cuba memberikan yang terbaik. Okey lah, ak cuba bagi satu contoh lah:

A: Kenapa dgn C tu ek? Aku dah layan dgn baik, tp last2 dia layan ak dengan teruk.

Jujur ak ckp, ramai org buat sesuatu perkara tu untuk dptkan balasan. Tapi sebenarnya mereka lupa yang Allah saje yg berkuasa utk beri balasan tu. Untuk situasi kt atas tu, mesti ramai yg pernh ckp kan atau lebih kurang lah, kan?

Bagi aku, jangan pernah menyesal kalo korang buat baik dengan sesiapa pun, kdg2 walaupun dgn musuh kita sendiri. Sekali kita beri sesuatu kebaikan pd org lain, mungkin kita xdapat perkara yg sama dari org tu tapi dengan IZIN ALLAH, mungkin Allah akan sampaikan kpd org lain utk kita.


Contohnya:
Kalau kau memudahkan sesuatu kerja untuk org lain, mungkin kdg2 kerja kita belum tentu akan dipermudahkan tetapi siapa tahu sesuatu perkara berkaitan dengan org yang kita sayang akan dipermudahkan. Tak rugi jika kita sentiasa bersikap baik terhadap org lain terutama kpd org yg lebih tua.

Kita mungkin masih ada ibu bapa, adik beradik, dan mungkin juga suatu hari nanti kita akan mempunyai keluarga kita sendiri. Tanpa kita sedari dengan IZIN ALLAH, dia telah membayar segala kebaikan kita yang dahulunya melalui keluarga kita. Sebab Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya. Mungkin Dia xberi apa yang kita minta tapi Dia akan beri apa yang kita perlu.


Kita mungkin xtau apa yg akan kita berdepan kelak, tapi apa yang pasti selagi kita hidup dalam masyarakat, sedikit sebanyak kita akan bergantung dengan bantuan org disekeliling kita. Xda manusia yg boleh hidup sendirian kot. Kita mati nanti pun, org lain yang akan kapankan dan sembahyangkan untuk kita. 


Walaupun hakikatnya kadang2 kita sendiri yg rasa sakit hati, tapi sakit hati tu memenatkan. Marah2 pun sama kan. Kita jugak yg rasa penatnya.. So, being nice can help u release the bad feeling towards some people. Treat them as you are, that is the better way... 

love, 
liyana.