Tuesday, August 7, 2012

Last Weekend..

Salam Ramadhan…

Pejam celik pejam celik, masa pun berlalu.

Hari ni dah 18 Ramadhan pun.

Semalam merupakan Hari Nuzul Al-Quran. Tarikhnya juga jatuh pada 17 Ramadhan di mana Al-Quran diturunkan. Mukjizat terbesar bagi Rasulullah s.a.w. dan merupakan satu-satunya kitab suci yang akan kekal digunakan hingga ke akhir zaman dan hingga ke kiamat berbanding dengan kitab-kitab lain.

Jika dipersoalkan apakah perkara yang kan menjadi teman dan sahabat baik kita semasa di alam barzakh kelak, ianya merupakan Al-Quran. Al-Quran akan menjadi pendamping kita sehingga kita dipersoalkan adakah kita membacanya setiap hari mahupun tidak??

“Bacalah Al-Quran setiap hari. Jika tidak mampu satu juzuk maka cukuplah sekadar satu muka surat. Namun, jika masih tidak mampu satu muka surat, cukuplah sekadar satu ayat. Dan lagi jika tidak mampu satu ayat, cukup lah sekadar memandang. Namun, memandang Al-Quran sambil bertanyakan pada diri sendiri ‘Kenapa susah benar untuk ak membaca Al-Quran itu?’. 

Paling tidak pun, bacalah surah Al-Fatihah pada setiap pagi dan sedekahkan kepada kedua orang tua kita tak kira lah mereka masih hidup mahupun sudah tiada. Kerana Al-Fatihah juga merupakan antara surah yang paling agung dalam Al-Quran. Selain itu, at least ada jugak surah yang kau baca setiap hari! Kan? 

Kadang-kadang baik kita membaca sedikit demi sedikit dan ianya berterusan daripada baca banyak namun hanya sementara. Itulah yang dinamakan istiqamah!
Ok, hujung minggu yang lepas ak nk bagitahu yang ak balik TERENGGANU dan nasib baik kerana semalam Cuti Sempena Nuzul Al-Quran. Even, sekejap tapi at least ak boleh berbuka dengan family aku dan jugak bersahur!! First time ak buat keputusan cam ni.. hehehe.. balik sesuka hati..!! Tapi yang besnya jugak, ak dapat makan durian banyak2.. hehehe (^_^)



Dan yang masaknya, ak kena observed pada hari selasa dan Rabu bagi dua2 subjek major aku. Aishhh…

Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusanku…
Duhai anak-anak muridku, tolong jaga sikap kamu yer… jangan buat cikgu marah2 tau. (^_^)

p/s: Aku menaip ni sambil tengah tunggu time nk kena observed oleh guru pembimbing saya tau. Kikiki.. Sempat lagi kan ak buat entry ni… nk wat cam mana, idea dtg time ni.. hehehe.. 



Salam Ramdhan,

liyana 

No comments:

Post a Comment