Monday, January 16, 2012

Masihkah...??

Masih kah ada peluang utk ak bernafas,

kerna ak sedar,

aku masih berpaut pada dahan yang sudah rapuh..?

Tapi masihkah ada sirna baru utkku?

Mungkin kita xsedar,

lilin sentiasa ada pada tangan kita,

hanya kita saja yg perlu bijak utk menyalakannya mahupun tidak.



perjalanan yang masih panjang,

kita xkan tahu adakah ianya gelap mahupun terang,



namun, kita masih mahu mencuba.

kerana kita masih mahu mencari jalan itu.

Kita masih mahu mencuba walaupun,

kita sedar dahan yang dipegang adalah dahan yang sudah rapuh.

Tapi bukan dahan itu penentu hidup dan mati ku,

tapi ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya.



Rahsia perjalanan ku masih tersimpan kemas,

dan ALLAH telah mengukirkannya dengan sungguh indah dan bijaksana.

Jatuh bangunku, ALLAH telah menyediakan sebab dan musababnya,

Tawa dukaku, ALLAH telah ubat-ubatannya,

Ukiran hidupku penuh dengan rahsia.

Masih mengharap walaupun sudah mampu mengagak,

Masih memberi walaupun diri sudah tak berdaya.

Namun, siapa kita utk menidakkan suratan takdir-Nya.

ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.






hamba Allah,
liyana

No comments:

Post a Comment