Friday, July 8, 2011

HIKMAH DISEBALIK UJIAN-NYA....






Post kali ni aku juz nk ckp n bg pandangan dan juga berkongsi2 cerita pasal hikmah disebalik ujian-ujianNya...
setiap perkara yang berlaku dia ats muka bumi ni mesti akan ada hikmah disebaliknya.
mungkin kita diuji dengan kesusahan hidup, tapi mungkin Allah akan berikan yang lebih baik dikemudian hri.
mungkin hari ini Allah menjatuhkan kedudukan kita, tapi mungkin Allah akan memberikan yang terbaik pada kita di kemudian hari.
mungkin Allah memberikan kita sendirian, tapi mungkin Allah telah menyediakan seseorang yang terbaik untuk kita suatu hari nanti.
mungkin Allah sentiasa menguji kita dengan kesusahan pada hari ini, tapi siapa tahu kuasa Allah Yang Maha Berkuasa tu mampu memberikan yang lebih baik dan yang terbaik di kemudian hari.
Mungkin Allah xmemberikannya sekarang, tapi ganjaranNya tersangat lah besar dan bermakna.



Segala yg kita lakukan pada hari ini sama ada baik ataupun buruk sentiasa akan diberikan balasannya, cuma kita sahaja yang tidak sedar ttg perkara tu.
Adakalanya kita xsedar akan perkara yang kita lakukan tu adalah perkara yang betul mahupun tidak, betul x...?
Namun, bagi aku yang menentukan sesuatu tu betul atau tidak adalah NIAT seseorang tu.
Aku bagi contoh mudah lah kan,; Kalau nk menderma tu, aku rasa tak perlu kan kita nak panggil pemberita2 & cameramens tuk hebohkan yang dia tu nak menderma. Menderma tu mmg lah perkara yang mulia tapi yang kurangnya tu bila dah niatnya nk cari glamour dan publisiti. korang agak apa tu..? okey ke x..? erm..mcm2 lah org zaman sekarang.

****************************************************************************



Tahun ni merupakan tahun yang paling banyak perkara yang berlaku ke atas aku.
Paling banyak adalah masalah kesihatan yang menimpa aku dan keluarga aku.
Bagi aku, time ni aku rasa banyak benda kot yang ak bljr. Apabila Allah memberikan kita sesuatu masalah terutama kesihatan, tetapi dalam sedar dan tak sedar aku, Dia telah memberikan sesuatu yang berharga untuk kami sekeluarga gunakan. Mungkin kesihatan yang diuji dalam masa yang sama Allah mempermudahkan urusan aku untuk menghadapi saat2 tersebut. Begitu juga disaat mak aku perlu menjalani pembedahan, Allah mempermudahkan kami sekeluarga dapat bersama dan berkumpul.
Mungkin itu yang aku dapat nikmati disebalik ujian ini.



Ini lah yang aku katakan , setiap perkara sama ada baik mahupun buruknya sesuatu, pasti akan ada sesuatu yang bakal kita terima, Namun, kita xsedar bila kah kita akan menerimanya. Sekarang, pada masa akan datang mahupun di akhirat kelak.?? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui. Jika seteruk mana pun ujian yang diterima, terimalah dengan hati yang REDHA.
Mungkin, kadangkala kita alpa tntg kebesaranNya sehingga kita lalai untuk dekatkan diri padanya, namun, apabila kta diuji, pada masa itulah kita akan sentiasa dekat denganNya. Tapi jangan lah hanya sementara tapi biarlah berkekalan.

"SEMUA YANG KITA PUNYA, DARI ATOM TERKECIL TUBUH KITA SAMPAI YANG PALING LUAR BIASA BESARNYA, SEMUA BERASAL DAN BERSUMBER DARI, DAN HANYA DARI, TUHAN'

Semua yang dimiliki hari ini hanya lah pinjaman semata-mata.
Wang, harta, emas, kesenangan, kesihatan, kecantikan, kebijaksanaan, dan sebagainya di dunia ini semuanya hak MILIK ALLAH!!.

-liyana-

No comments:

Post a Comment