Sunday, July 17, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME...!!!


HAPPY BIRTHDAY...!!!
....yang ke 22.....

22
...??????!!!

oh no
!!!


Hahahahha..wishes utk diri sendiri nmpak..!! 'perah santan' betul aku ni!!!

hahha.. okey lah... xda yg istimewa sgt pada tarikh 17 JULAI ni...
tapi bagi aku, aku sgt bersyukur dan sangat berterima kasih pada insan yang sudi bertarung nyawa utk membenarkan aku melihat dunia hari ini dan dpt bernafas pada tarikh ini.

Pada tarikh ini juga, mak aku telah berkorban nyawanya demi melihat satu nyawa bernafas di sisinya dan bagi aku, jutaan TERIMA KASIH yang TIDAK TERNILAI pada ibu saya yang bernama KAMARIAH MOHD SAMAN.

Terima kasih mak...sebab pada dan dari saat hari yang bertarikh 17.07.1989, mak xpernah jemu untuk menjaga dan membela anak mak yang dah semakin membesar ni...

Kerana itu lah, pada tarikh 17 Julai ini merupakan tarikh yang sgt bererti pada aku, sebab tarikh ini telah menyedarkan dan mengingatkan aku pada pengorbanan seorang ibu yang telah bertarung nyawanya demi melihat anaknya dpt melihat dunia ini..

TERIMA KASIH kerana melahirkan saya mak...!!

satu lagi aku nk ucapkan ribuan terima kasih kepada insan2 yang wish hari lahir saya... Sepanjang perjalanan umur aku, terima kasih juga kepada kwn2 aku yg telah sudi menjadi kwn2 aku biarpun hanya sementara. terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dr perjalanan hidup aku...



Thank you everyone for the wishes on my Birthday...!!! luv u all..!!!

p/s: Di kesempatan ini juga aku nk ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada kwn2 yang lahir pada bulan JULAI ni..."HAPPY BIRTHDAY TO YOU..!!"

-iklas dr-
liyana

Sunday, July 10, 2011

Belajar lah....

Opsss..!! Entry apakah kali ini..?
Belajar lah..semua perkara pun kita perlu belajar untuk menjadi lebih mahir kan..?
okey, tapi kali ni. Juz to talk about the attitude.

well, maksud aku kt sini ialah...;

- belajarlah utk minta maaf kalau buat silap,
- belajarlah menerima pandangan dan teguran orang lain,
- belajarlah untuk menerima hakikat,
- belajarlah untuk menerima sesuatu musibah atau kesusahan,
- belajarlah untuk berdikari,
- belajarlah untuk berkorban untuk sesuatu yang penting,
- belajarlah untuk berkongsi,
- belajarlah untuk memahami tentang orang lain, kerana setiap org adalah istimewa,
- dan yang paling penting kat sini, belajarlah untuk HORMAT kan orang lain. Tak kiralah sama ada org yang kau xkenal atau kwn2 orang disekeliling kau tu.

ada byk lagi benda yang kdg2 kita perlu belajar. Tapi yg paling penting belajarlah untuk HORMAT kan org. Sbb, mcm mana kau nk org hormatkan kalau kau tak tahu nk hormatkan org lain. Tolong jgn terlalu pentingkan diri sendiri. Siapa kau sekarang kalau tidak dengan adanya org2 disekeliling kau..?? No komen anymore.

By the way, juz to say sumthing that make me dissapointed about the someone attitude.
Well, I juz want to say that...
fikir-fikirkan lah...(fikir lagi....)
hhhaahaha

-liyana-

Friday, July 8, 2011

HIKMAH DISEBALIK UJIAN-NYA....






Post kali ni aku juz nk ckp n bg pandangan dan juga berkongsi2 cerita pasal hikmah disebalik ujian-ujianNya...
setiap perkara yang berlaku dia ats muka bumi ni mesti akan ada hikmah disebaliknya.
mungkin kita diuji dengan kesusahan hidup, tapi mungkin Allah akan berikan yang lebih baik dikemudian hri.
mungkin hari ini Allah menjatuhkan kedudukan kita, tapi mungkin Allah akan memberikan yang terbaik pada kita di kemudian hari.
mungkin Allah memberikan kita sendirian, tapi mungkin Allah telah menyediakan seseorang yang terbaik untuk kita suatu hari nanti.
mungkin Allah sentiasa menguji kita dengan kesusahan pada hari ini, tapi siapa tahu kuasa Allah Yang Maha Berkuasa tu mampu memberikan yang lebih baik dan yang terbaik di kemudian hari.
Mungkin Allah xmemberikannya sekarang, tapi ganjaranNya tersangat lah besar dan bermakna.



Segala yg kita lakukan pada hari ini sama ada baik ataupun buruk sentiasa akan diberikan balasannya, cuma kita sahaja yang tidak sedar ttg perkara tu.
Adakalanya kita xsedar akan perkara yang kita lakukan tu adalah perkara yang betul mahupun tidak, betul x...?
Namun, bagi aku yang menentukan sesuatu tu betul atau tidak adalah NIAT seseorang tu.
Aku bagi contoh mudah lah kan,; Kalau nk menderma tu, aku rasa tak perlu kan kita nak panggil pemberita2 & cameramens tuk hebohkan yang dia tu nak menderma. Menderma tu mmg lah perkara yang mulia tapi yang kurangnya tu bila dah niatnya nk cari glamour dan publisiti. korang agak apa tu..? okey ke x..? erm..mcm2 lah org zaman sekarang.

****************************************************************************



Tahun ni merupakan tahun yang paling banyak perkara yang berlaku ke atas aku.
Paling banyak adalah masalah kesihatan yang menimpa aku dan keluarga aku.
Bagi aku, time ni aku rasa banyak benda kot yang ak bljr. Apabila Allah memberikan kita sesuatu masalah terutama kesihatan, tetapi dalam sedar dan tak sedar aku, Dia telah memberikan sesuatu yang berharga untuk kami sekeluarga gunakan. Mungkin kesihatan yang diuji dalam masa yang sama Allah mempermudahkan urusan aku untuk menghadapi saat2 tersebut. Begitu juga disaat mak aku perlu menjalani pembedahan, Allah mempermudahkan kami sekeluarga dapat bersama dan berkumpul.
Mungkin itu yang aku dapat nikmati disebalik ujian ini.



Ini lah yang aku katakan , setiap perkara sama ada baik mahupun buruknya sesuatu, pasti akan ada sesuatu yang bakal kita terima, Namun, kita xsedar bila kah kita akan menerimanya. Sekarang, pada masa akan datang mahupun di akhirat kelak.?? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui. Jika seteruk mana pun ujian yang diterima, terimalah dengan hati yang REDHA.
Mungkin, kadangkala kita alpa tntg kebesaranNya sehingga kita lalai untuk dekatkan diri padanya, namun, apabila kta diuji, pada masa itulah kita akan sentiasa dekat denganNya. Tapi jangan lah hanya sementara tapi biarlah berkekalan.

"SEMUA YANG KITA PUNYA, DARI ATOM TERKECIL TUBUH KITA SAMPAI YANG PALING LUAR BIASA BESARNYA, SEMUA BERASAL DAN BERSUMBER DARI, DAN HANYA DARI, TUHAN'

Semua yang dimiliki hari ini hanya lah pinjaman semata-mata.
Wang, harta, emas, kesenangan, kesihatan, kecantikan, kebijaksanaan, dan sebagainya di dunia ini semuanya hak MILIK ALLAH!!.

-liyana-