Friday, April 22, 2011

Lumrah....

Agaknya mmg lumrah dunia ni kot..
adakalanya ad pasang dan surutnya dalam sesuatu perkara.

kali ni ak nk luahkan apa yang ak rasa.
kenapa bila kita baik dgn semua, tu pun nak jadi masalah.
ak bukan mengata sesiapa,
tetapi jangan hanya kerana satu PERKATAAN, kita terpaksa berpecah belah,
salah faham antara satu sama lain.
ada masa kita terpaksa menerima pemikiran org lain,
ada masa kita boleh menegur pemikiran org lain,
tapi dengan cara yang paling bijak.
sama ada negatif atau positifnya pemikiran itu,
kita nilai lah sendiri.



kadang-kadang dalam hidup ni, kita perlu memahami cara mereka,
tapi bukan bermaksud menerima cara mereka.
itu lah yang ak pernah katakan,
beretinya sesuatu perhubungan itu bukan terletak pada berapa lama kita kenal mereka, tetapi betapa jauhnya kita mengenal dan memahami mereka.
itu lah yang akan mengekalkan sesuatu hubungan itu.

lagi satu, mmg sudah lumrah dunia agaknya,
bila kita dh dapat yg lebih baik, kita akan lupakan yg lama.
dtg bila susah, lupa bila senang.
tapi bagi ak, mudah saja, ak kt sini masa korang perlukan aku.
masa, jarak, status, tu semua buka sebab sesuatu perhubungan tu terbina.
tapi atas sebab kita saling faham memahami..itu lah puncanya...

Xpercaya..???!!!
cuba korang p tanya nenek2 & atuk2 yang dh berkahwin selama berpuluh-puluh tahun tu dan masih kekal smpai skrg ni..
cuba korang tanya tips2 apa yg dieorg gunakan smpai dpt kekal smpai ke akhir hayat mereka..??
mesti majoriti jawapannya, sebab mereka belajar memahami pasangan masing2 sepanjang mereka hidup bersama tu kan...??
betul x...?????
fikir-fikirkan laa.....

kadang2 jugak, kita hidup ni atas kita percayakan diri sendiri dan juga kita percayakan org lain..
atas kerana kepercayaan tu, kita mampu bangun semula atas setiap kejatuhan tu..
sama jugak seperti, sama ada kita susah dan senang, kerana kita percaya akan ada yang sentiasa berdiri di belakang kita dan sedia bersama kita, jadi kita mampu untuk bangun semula.
bukan mcm sesetengah org, bila xdak org lain nk dicarinya, baru nk dtg, tp bila dh dpt kwnnya, lupa org sekeliling.
sayangnya, beginilah lumrahnya mnusia ni.
Adakah betul seperti pepatah mengatakan, " seperti kacang lupakan kulit..???"
ermmm, ak no komen.



kita berhak menyatakan hak kita,
kita berhak menyuarakan pendapat kita,
kita berhak memilih dalam kehidupan kita,
kita berhak memutuskan apa yang sepatutnya terbaik utk kita,
tapi sayang, kdg2 hak tu bukan hak milik kita sorang.
bertindak atas rasional, bukan emosi,
berkata menggunakan fikiran bukan emosi,
namun, kadang2 naluri pun benar.




-liyana-

Tuesday, April 19, 2011

Mouth or action...??

kata org bercakap tu lebih senang dr melakukan.
Betul!




thanks to Mr. Google.

kenapa?

sbb hati manusia kan cepat berubah.
manusia kan ada emosi.
manusia kan ada akal.
manusia kan berbeza setiapnya...



-liyana-

Friday, April 15, 2011

That feeling...

ianya wujud,
tapi kita yang sukar mengerti.
ianya pernah tumbuh,
tapi kita saja yg xnk bajainya.
ianya sentiasa akan mekar,
tapi kita saja membiarkannya.
ianya punca kejayaan seseorang,
tapi ianya jugak mampu jadi kejatuhan seseorang.
ianya lahir dlm hati yang suci,
tapi sering dipermainkan.
ianya sukar dilihat,
tapi kita sering menampakkannya.
ianya terlalu tulus,
tapi knapa masih ada yg sebaliknya.
ianya boleh hadir pada bila2 masa,
tapi sayang hadirnya sekali sahaja.
ianya boleh diungkapkan,
tapi knapa masih ada yg terkunci untuk lepaskannya.

ianya satu perasaan,
itu lah KASIH,
itu lah SAYANG,
dan itulah CINTA.


-liyana-

Thursday, April 14, 2011

Oh, Mr. Esaimen....

Owh, noooooooooooooo.....
Apabila musim esaimen kembali...(suka hati aku nk eja esaimen tu cm mana ek..hahahha)
makan pun xdak rupa makan,
mandi pun xdak rupa mandi..
okey, yg ni aku tipu ja..hahahaha.
bagi ak makan ttp makan,
mandi tetap mandi r..
karang kan semacam ja nk sambung wat esaimen..
tapi satu ja yg lain,
TIDUR xdak rupa tidur beb!!
aku mcm dj jadik burung hantu.
ptg aku tdo, mlm aku berjaga..
kadang2 sebaliknya..
huwaaaaaaaaaaaaaaa....
penat2!!

Tapi kan, satu ja lah yg aku perasan,
kali ni aku rasa tenang sikit. xtau kenapa..
tp yg pasti aku rasa semacam..
adakah sbb ak rasa aku dh lepaskan something yg rumitkan hidup aku...?
adakah sbb ak dh berubah angin sikit...?
adakah aku dh makin matang tuk berfikir dengan lebih jelas..?
adakah aku makin kenal siapa aku dan kehidupan aku yg nyata..??
segalanya mungkin kan.....?!

Apa yg korang rasa bila korang wat esaimen sambil kepala otak korang serabut..??
tambah2 lagi tension dgn keadaan lain lg..?
ak agak r, xkn berjalan nyer korang punyer esaimen kan..?
betul x..?
kalo siap pun, ntah ap yg korang repekkan..
kannn..??
aku tau, sebab aku pernah berada dlm keadaan ni..sgt teruk aku rasa..lagi tmbh homesick punyer pasal..
mcm shit ja tau!!
(ak xmencarut ek..!)

kali ni, ada esaimen yg ak dh siapkan di rumah..tau x..??
bukan ap, bagi aku kali ni, xsalah aku kembali kepada keadaan aku yg asal...
yg sebenar2nya..
cewahhhhhhhh, nk ckp ak wat keje awal lh tu..
bukn tu mksd aku, ak lebih sng wat keje yg aku rasa aku mampu wat awal2...
aku pun lebih sng wat keje sorg2 dr wat ramai2..
lagi senang ak rasa... bagi aku laaaaaaaaaaaa....

SEKARANG ni, pada saat ni, tika ini,
semua Mr, Esaimen tu dh selamat smpai ke tempatnya..
Lega gilerrrrrrrrrr.......
biarpun ak xtau keputusannya mcm mana.
tapi yg aku tau, aku dh wat yg terbaik kali ni.
mungkin ad yg tercincai sikit kot..kihkihkih...

okey lah, hujung minggu ni,
melaka cuti sempena Melaka Bandar Bersejarah.
So, ak pn cuti lah jgk..
tapi aku bercuti di Kluang, Johor..
My cousin's house..
weeeeeeeeeee...
dpt lari dr penjara emasssssss...
'Emas' ker........???
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

k, lah, ak pn dh ngantuk ni..biasalah nk dkt sebulan dua ni, ak jadik burung hantu kan..
so, aku nk jadik manusia lah jugak sekejap kan..
hahhahaa...
ngantok2....
huarghhhhhhhhh...

bye2..slmt mlm.....

-liyana-