Friday, January 14, 2011

Susah sangat ker..???

Setelah bertahun-tahun aku mencuba tapi aku xpasti betul atau x kata org...

Makin kita kenal makin kita cinta. Tapi kenapa apabila turn aku, aku rasa sgt berbeza dan menjadi makin rumit. Adakah semua perkara yg kita kenal akan kita sukai dan minati..?? adakah ia benar..??

Okey lah, sebenarnya aku nk citer kt korang sebuah kisah yg aku sendiri xtau nk ckp mcm mana...tapi yg aku tau, ia kelihatan agak rumit...adakah orang tu masih xleh terima kenyataan mahupun dia masih belum mampu menerima kedudukan dia yg sebenarnya... atau adakah kerana hatinya sendiri yang masih belum mampu menentukannya..?

**************************************************************************

Al-kisahnya begini...

Ada seorang gadis tu yg sebelum ni agak pendiam dan kdg2 org lain tidak mampu membaca perwatakannya yg sebenarnya. Tapi kenyataannya ialah sejak dari kecil, keputusan yang dilakukannya adalah bukan keputusan yang sebenarnya. Orang lain yg akan menentukan keputusannya dan baginya seolah2 dia tidak diberi pilihan. Tapi dia masih berpegang pada satu kata2, keputusan ibu bapa adalah yang terbaik utk anak2nya.

Jadi disebabkan itu lah si gadis itu telah berada di kedudukan yg asalnya bukan pilihannya. Si gadis itu kini merupakan seorang pelatih di salah sebuah intitut latihan. Ketika dia mula2 mendaftarkan dirinya di tempat tersebut, walaupun dia yakin yang dia sikitpun tidak meminati bidang tersebut, tapi dia juga masih percaya, atas berkat dan restu ibu bapanya, dia akan menyukai bidang tersebut.

Hari pertama, dia bukanlah dirinya sendiri. Si gadis tersebut memerhati keadaan sekeliling dan mencuba utk belajar menerima suasana baru yang baru diterimanya itu.

Ya. Segalanya kelihatan berbeza dan agak kekok. Jika sebelum ini dia ditempatkan di sebuah tempat pengajian iaitu di sebuah matrikulasi di dalam Malaysia ini, dan di situ dia menemui sesuatu yang di sukainya dan diminatinya dalam diam. Tapi kini atas harapan keluarganya, dia menerima keputusan ibunya yang mengkehendakinya utk berada di situ walaupun itu bukanlah minatnya yang sebenarnya.

Persoalan pertama yang berada di kepalanya pada hari pertama selepas mendaftarkan dirinya di situ, ‘Adakah aku mampu utk bertahan di sini dan menyukai bidang ini..? . Ya, memang sewaktu kecilnya ini lah bidang yang disukainya tapi itu adalah masa kecilku. Tapi kini aku bukanlah waktu kecilku...’.

Si gadis itu sangat berharap utk belajar menerimanya. Apabila di tanya, apakah cita2nya, kerjaya ini lah yg menjadi jawapannya walaupun dia tahu itu bukanlah jawapan yg sebenarnya. Tapi dia masih berpegang pada satu perkara, kalau dia mengatakannya beribu2 kali, dia percaya perkara itu akan menjadi kenyataan. Ya, si gadis itu masih percayakan tentang perkara tersebut.

Namun, sampai suatu saat, dia telah berasa sgt letih dan penat utk berdepan dgn semua ini. Dia terlalu rindukan kehidupannya yg diingininya. Kehidupan yang sedikit bebas dan melakukan sesuatu yang diminatinya dan di sukainya.

Setelah hampir 3 tahun dia berada di tempat tersebut, dia makin penat utk menipu dirinya sendiri. Dia masih belum mampu utk menerima hakikat yg sebenarnya. Sehinggakan si gadis yang sebelum ini terlalu ego utk menumpahkan air matanya di depan orang lain telah mampu utk mengalirkan air matanya demi sesuatu perkara yg tidak dapat di tahan lagi. Si gadis itu pernah menangis dgn sgt teruk di hadapan rakannya. Dlm pada masa yg sama, bukan perkara itu sahaja yg menjadi penyebabnya. Baginya saat itu dia merasakan yang dia telah tewas dgn perasaannya sendiri dan dia juga tidak mampu utk menahan hatinya lagi.

Persoalan yang sentiasa bermain dlm mindanya skrg ialah, adakah dia mampu utk meneruskan apa yg telah di lakukannya kini. Kenyataannya ialah jawapan itu berada dlm dirinya sendiri. Adakah keputusannya betul atau tidak dia memilih utk berada di tempat tersebut pada suatu ketika dahulu..? setelah bertahun dia mencuba, namun dia tidak ada pilihan melainkan meneruskannya lagi.

Sehinggalah suatu saat dalam tangisnya dia berkata, ‘selagi aku bertahan, aku akan bertahan. Seandainya aku telah penat, tolong ingatkan aku pada susahnya aku utk sampai ke tahap ini.’ Seandainya mereka tahu apa yang tersirat dlm hati gadis yang bertudung itu. Dalam gelak tawanya juga masih terkandung tangisan hati yang sayu, dalam mahalnya sebuah senyuman, betapa ikhlas hatinya, dalam renungan tajamnya itu tersimpan seribu erti sebuah kehidupan.

“Susah sgt ker aku nk terima semua perkara ni....??”

*****************************************************************************

Aku terdiam sekejap apabila aku mendengar kisah ni. Persoalan aku skrg, sekiranya pepatah pernah mengatakan ‘tak kenal maka tak cinta’. Tapi mcm mana pulak kisah si gadis tersebut...?? makin dia mencuba makin di tak pasti....

Korang tau, aku pernah di beritahu tentang satu perkara .

“SEANDAINYA KITA TAHU DAN FAHAM ERTI SEBUAH KESUSAHAN, KITA TAK AKAN PERNAH MENGELUH DALAM HIDUP KITA NI WALAU SESUKAR MANA PUN SEBUAH SITUASI TERSEBUT.”



Dalam diam, aku mengakuinya. Betapa bersyukurnya aku utk menyedari hal tersebut.

Okey, kita beralih kembali pd kisah yg aku citer td. Adakah si gadis tersebut dpt bertahan dgn keadaan tersebut mahupun tidak..?

Kesimpulannya, kalau tak nak kes jadi mcm tu, jgn biarkan sesuatu perkara yg kita pilih tu akan menjadi beban pada kita kelak. Lagi satu, sekali sekala dengarlah kata hati sendiri utk membuat pilihan yg kita inginkan. Jgn benarkan kita terlalu mudah utk dipengaruhi terutama dlm memili perjalanan hidup kta sendiri kerana suatu hari nanti kita sendiri yg perlu menjadi nakhoda utk perjalanan kehidupan kita sendiri.

No comments:

Post a Comment