Friday, January 28, 2011

RELA ATAU TERPAKSA...?

Entry aku kali ni, ‘Rela atau Paksa..??’ . Kali ni aku nk cakap sikit tentang rela dan paksa.


RELA. Sesuatu perkara yang kita lakukan dengan sesuka hati kita atau pun dengan kehendak kita sendiri tanpa ada sebarang arahan dan suruhan orang lain. Apabila memperkatakan tentang rela, mestilah kita melakukan sesuatu dengan senang hati dan seikhlas mungkin kerana kita ingin melakukannya. Memang mudah untuk memperkatakan tentang rela, tapi sebenarnya tak semua orang boleh melakukannya dengan sepenuh hati juga. Ini kerana, walau seribu kali seseorang itu mengatakannya rela, tapi dalam hatinya masih ada sekelumit ragu-ragu, maka bagi aku, seseorang itu masih belum merelakannya dengan sepenuh hatinya lagi.


Tapi berbeza pula dengan perkataan PAKSA. Sesuatu perkara yang dilakukan atas suruhan atau arahan dari orang lain dan kita melakukannya bukan dengan kehendak hati kita. Keadaan ini mungkin dapat dilihat apabila seseorang itu berada dalam keadaan takut ataupun dalam keadaan memilih kerana seseorang itu tidak mempunyai pilihan yang lain. Begitu juga apabila seseorang itu terikat dengan sesuatu perjanjian, dia perlu mengikut apa jua yang telah termaktub dalam perjanjian tersebut walaupun dia sedikitpun tidak ingin melakukannya.

Sebenarnya, bukanlah mudah untuk kita mengkategorikan sesuatu perkara itu merupakan rela mahupun paksaan. Ini kerana, adakalanya kita dapat melihatnya melalui riak atau ekspresi seseorang itu mahupun melalui tingkah lakunya. Tapi adakalanya kita dapat meneka melalui tutur katanya, biarpun menyatakan kerana rela, tetapi sikapnya amat berbeza berbanding tutur katanya. Sebagai contoh; seseorang itu memberitahu akan melakukan sesuatu perkara dengan rela hatinya tetapi perkara yang dilakukannya itu tidaklah menunjukkan apa yang telah diperkatakannya. Berbeza.


Sejujurnya, aku ingin mengatakan kadang-kadang kita jangan menilai sesuatu hanya dengan melihat fizikalnya ataupun melalui tutur katanya, tapi lihatlah apa yang telah dilakukannya.


Dalam garangnya, dia masih menghulurkan tangannya tanpa mengharapkan apa2,

Dalam marahnya, dia masih menjawab apa yang telah dipersoalkan kpdnya,

Dalam dendamnya juga, masih terselit seribu kemaafan,

Dalam relanya juga, masih terselit sikap keterpaksaannya,

Dalam keterpaksaannnya juga, masih terselit sekelumit perasaan pasrah...

Walau sekuat mana perasaannya terpaksa menerima segalanya,

Seikhlas mungkin dia merelakan perasaannya pergi......

-liyana-

No comments:

Post a Comment