Monday, January 31, 2011

UNTITLED

SELAMAT TAHUN BARU CINA...!!

*aku pun dpt cuti tahun baru cina gak...
hehehhehee

well, aku nk ucapkan selamat tahun baru cina kpd semua yg menyambut tahun baru cina..dan yg tak sambut tu slmt bercuti ek...
hehehhee

-liyana-

Saturday, January 29, 2011

UNTITLED

YA ALLAH...


Ya Allah,

Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan-Mu,

Berikanlah aku petunjuk-Mu untuk aku meneruskan kehidupanku ini,

Berikanlah aku perlindungan untuk berteduh di bawah naungan-Mu,

Berikanlah aku cahaya-Mu supaya aku dapat berjalan di atas muka bumi ini dengan sebaiknya.


Ya Allah,

Berikanlah rahmat kepada kepada orang yang telah melahirkan dan menjaga aku selama ini,

Berikanlah kesejahteraan kepada orang tua ku,

Berikanlah mereka kemaafan atas kekhilafannya sebagai hamba-Mu,

Berikanlah aku sebagai anak yang taat dan patuh kepada orang tuaku,

Berikanlah kekuatan kepada orang tuaku untuk menempuh hari-hari mereka,

Kerana nafas yang aku hembuskan hari ini adalah dari jasa-jasa dan seribu pengorbanan mereka,

Yang tak pernah manusia lain berikan padaku tanpa izin dan kehendak-MU.


Ya Allah,

Berikanlah aku seseorang yang mampu membimbingku ke jalan-Mu,

Berikanlah aku seseorang yang mampu membuatkan aku bersyukur atas kelahiranku ini,

Berikanlah aku seseorang yang mampu menjadi tulang belakangku,

Berikanlah aku seseorang yang mampu membuatkan aku terus berdiri atas jatuh bangun aku ini,

Berikanlah aku seseorang yang mampu membuatkan aku bangga menjadi seorang wanita.


Ya Allah,

Begitu banyak hamba-Mu yang kerdil ini meminta,

Begitu banyak hamba-Mu yang kerdil ini berharap,

Kerana aku tahu,

Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang untuk memaafkan hamba-hamba-Mu ini.

-liyana-

Friday, January 28, 2011

RELA ATAU TERPAKSA...?

Entry aku kali ni, ‘Rela atau Paksa..??’ . Kali ni aku nk cakap sikit tentang rela dan paksa.


RELA. Sesuatu perkara yang kita lakukan dengan sesuka hati kita atau pun dengan kehendak kita sendiri tanpa ada sebarang arahan dan suruhan orang lain. Apabila memperkatakan tentang rela, mestilah kita melakukan sesuatu dengan senang hati dan seikhlas mungkin kerana kita ingin melakukannya. Memang mudah untuk memperkatakan tentang rela, tapi sebenarnya tak semua orang boleh melakukannya dengan sepenuh hati juga. Ini kerana, walau seribu kali seseorang itu mengatakannya rela, tapi dalam hatinya masih ada sekelumit ragu-ragu, maka bagi aku, seseorang itu masih belum merelakannya dengan sepenuh hatinya lagi.


Tapi berbeza pula dengan perkataan PAKSA. Sesuatu perkara yang dilakukan atas suruhan atau arahan dari orang lain dan kita melakukannya bukan dengan kehendak hati kita. Keadaan ini mungkin dapat dilihat apabila seseorang itu berada dalam keadaan takut ataupun dalam keadaan memilih kerana seseorang itu tidak mempunyai pilihan yang lain. Begitu juga apabila seseorang itu terikat dengan sesuatu perjanjian, dia perlu mengikut apa jua yang telah termaktub dalam perjanjian tersebut walaupun dia sedikitpun tidak ingin melakukannya.

Sebenarnya, bukanlah mudah untuk kita mengkategorikan sesuatu perkara itu merupakan rela mahupun paksaan. Ini kerana, adakalanya kita dapat melihatnya melalui riak atau ekspresi seseorang itu mahupun melalui tingkah lakunya. Tapi adakalanya kita dapat meneka melalui tutur katanya, biarpun menyatakan kerana rela, tetapi sikapnya amat berbeza berbanding tutur katanya. Sebagai contoh; seseorang itu memberitahu akan melakukan sesuatu perkara dengan rela hatinya tetapi perkara yang dilakukannya itu tidaklah menunjukkan apa yang telah diperkatakannya. Berbeza.


Sejujurnya, aku ingin mengatakan kadang-kadang kita jangan menilai sesuatu hanya dengan melihat fizikalnya ataupun melalui tutur katanya, tapi lihatlah apa yang telah dilakukannya.


Dalam garangnya, dia masih menghulurkan tangannya tanpa mengharapkan apa2,

Dalam marahnya, dia masih menjawab apa yang telah dipersoalkan kpdnya,

Dalam dendamnya juga, masih terselit seribu kemaafan,

Dalam relanya juga, masih terselit sikap keterpaksaannya,

Dalam keterpaksaannnya juga, masih terselit sekelumit perasaan pasrah...

Walau sekuat mana perasaannya terpaksa menerima segalanya,

Seikhlas mungkin dia merelakan perasaannya pergi......

-liyana-

BUKAN BERERTI...


Tak tegur bukan bererti sombong,

Tak sentuh bukan bererti jijik,

Tak ucap bukan bererti tak sayang,

Tak marah bukan bererti tak peduli,

Tak semuanya tu tak bererti tak pernah kisah.



Marah bukan bererti benci,

Sayang bukan bererti terlalu dimanjai,

Cinta bukan bererti menurut,

Diam bukan bererti mengiyakan,

Bersendirian bukan bererti kesunyian,

Segalanya tidak bererti bukanlah tidak bermakna.

-liyana-

Saturday, January 15, 2011

UNTITLED

...What a boring can make me weird...

...what a time give me chance...

...what a boring give me inspiration..

...what a time give me feeling...


Owh, NO!!!!!!

I'm going crazy to being boring and to being here..!!

Friday, January 14, 2011

Apakah ertinya.??

Awal2 tahun aku dah masuk bab2 yg feeling2 kan...?? hahhaha.. sengaja aku nk kupaskan sikit pasal benda ni.. Sebab kali ni,
aku dpt tengok sejauh mana masa dapat memberi erti dalam sebuah persahabatan.

Thanks to Mr. Google..

Bukan pada fizikalnya tap
i pada dasar hatinya. Seandainya jika berapa lama pun kita berkawan tapi kita langsung tak mampu nak baca sikap kawan kita tu, aku rasa xguna kot kalau kawan lama2 pun..

Kerana dia sahabat kita lah, kita tunjukkan p
adanya sikap sebenar kita. sebab kita nak, dia terima kita seadanya. Sikap kita wal
aupun dalam keadaan sedih, tawa, kecewa, geram, marah, dan mcm2 jenis perasaan lagi lah kan..masa kita sedih, dia ada utk kita, masa kita nangis, dia ada utk dengar tangisan kita, masa kita ketawa, dia ada utk ketawa bersama kita, masa kita geram, dia ada tuk dgr masalah kita, masa kita marah, dia ada utk dgr kita membebel.. cukup lah kita faham keadaannya..cukup lah kita tahu setakat sejauh mana perasaannya....bukankah itu lebih baik dari memikirkan perkara yg negatif tentang sikapnya...


Thanks to Mr. Google..


Then, masa jugak tidak menunjukkan sejauh mana sahabat kita mengenal kita dengan sebenar-benarnya..tapi sejauh mana kita menghargai mereka sebagai kawan kita.



Memang bukan kesempurnaan yang kita cari, tapi saling melengkapi adalah y
ang terbaik. Seandainya lemah, jadilah tulang belakangnya supaya dia mampu tegak berdiri. Sekiranya kita terjatuh, terima lah huluran tangannya. Itu lah sebaik-baiknya...

Kadang-kadang, ada masanya kita tersilap memilih kawan atau sahabat, tapi satu perkara yang aku fikirkan, jangan sesekali menyesal atas pilihan kita tu. Sekiranya kita pernah melakukan kesilapan kerananya, terima lah sebagai pengajaran dalam hidup kita. Tapi kita haruslah bijak memikirkan tindak tanduknya. ' Tak kan kalau kwn yg kita pilih tu ajak berlumba motorsikal, kita pun nak ikut sekali..' Sekali-sekala fikirlah pasal akibat nya jugak kan..??

Bak kata pepatah, "jika kita pilih kawan yang m
enjual minyak wangi, kita juga akan berbau wangi" . Bukankah begitu...??



Okey lah, aku pun da ngantuk sebenarnya ni...
Dah lama aku xmenaip benda alah ni, dan jugak dh lama giler kot aku x meng'update' blog aku ni..Cian blog aku ni, xsempat nk masukkan entry..Actually, bahan ad tapi xdan nk masukkan entry lah..hehehhee K lah, t aku sambung balik yer...

salam



Thanks to Mr. Google..


-liyana-

Susah sangat ker..???

Setelah bertahun-tahun aku mencuba tapi aku xpasti betul atau x kata org...

Makin kita kenal makin kita cinta. Tapi kenapa apabila turn aku, aku rasa sgt berbeza dan menjadi makin rumit. Adakah semua perkara yg kita kenal akan kita sukai dan minati..?? adakah ia benar..??

Okey lah, sebenarnya aku nk citer kt korang sebuah kisah yg aku sendiri xtau nk ckp mcm mana...tapi yg aku tau, ia kelihatan agak rumit...adakah orang tu masih xleh terima kenyataan mahupun dia masih belum mampu menerima kedudukan dia yg sebenarnya... atau adakah kerana hatinya sendiri yang masih belum mampu menentukannya..?

**************************************************************************

Al-kisahnya begini...

Ada seorang gadis tu yg sebelum ni agak pendiam dan kdg2 org lain tidak mampu membaca perwatakannya yg sebenarnya. Tapi kenyataannya ialah sejak dari kecil, keputusan yang dilakukannya adalah bukan keputusan yang sebenarnya. Orang lain yg akan menentukan keputusannya dan baginya seolah2 dia tidak diberi pilihan. Tapi dia masih berpegang pada satu kata2, keputusan ibu bapa adalah yang terbaik utk anak2nya.

Jadi disebabkan itu lah si gadis itu telah berada di kedudukan yg asalnya bukan pilihannya. Si gadis itu kini merupakan seorang pelatih di salah sebuah intitut latihan. Ketika dia mula2 mendaftarkan dirinya di tempat tersebut, walaupun dia yakin yang dia sikitpun tidak meminati bidang tersebut, tapi dia juga masih percaya, atas berkat dan restu ibu bapanya, dia akan menyukai bidang tersebut.

Hari pertama, dia bukanlah dirinya sendiri. Si gadis tersebut memerhati keadaan sekeliling dan mencuba utk belajar menerima suasana baru yang baru diterimanya itu.

Ya. Segalanya kelihatan berbeza dan agak kekok. Jika sebelum ini dia ditempatkan di sebuah tempat pengajian iaitu di sebuah matrikulasi di dalam Malaysia ini, dan di situ dia menemui sesuatu yang di sukainya dan diminatinya dalam diam. Tapi kini atas harapan keluarganya, dia menerima keputusan ibunya yang mengkehendakinya utk berada di situ walaupun itu bukanlah minatnya yang sebenarnya.

Persoalan pertama yang berada di kepalanya pada hari pertama selepas mendaftarkan dirinya di situ, ‘Adakah aku mampu utk bertahan di sini dan menyukai bidang ini..? . Ya, memang sewaktu kecilnya ini lah bidang yang disukainya tapi itu adalah masa kecilku. Tapi kini aku bukanlah waktu kecilku...’.

Si gadis itu sangat berharap utk belajar menerimanya. Apabila di tanya, apakah cita2nya, kerjaya ini lah yg menjadi jawapannya walaupun dia tahu itu bukanlah jawapan yg sebenarnya. Tapi dia masih berpegang pada satu perkara, kalau dia mengatakannya beribu2 kali, dia percaya perkara itu akan menjadi kenyataan. Ya, si gadis itu masih percayakan tentang perkara tersebut.

Namun, sampai suatu saat, dia telah berasa sgt letih dan penat utk berdepan dgn semua ini. Dia terlalu rindukan kehidupannya yg diingininya. Kehidupan yang sedikit bebas dan melakukan sesuatu yang diminatinya dan di sukainya.

Setelah hampir 3 tahun dia berada di tempat tersebut, dia makin penat utk menipu dirinya sendiri. Dia masih belum mampu utk menerima hakikat yg sebenarnya. Sehinggakan si gadis yang sebelum ini terlalu ego utk menumpahkan air matanya di depan orang lain telah mampu utk mengalirkan air matanya demi sesuatu perkara yg tidak dapat di tahan lagi. Si gadis itu pernah menangis dgn sgt teruk di hadapan rakannya. Dlm pada masa yg sama, bukan perkara itu sahaja yg menjadi penyebabnya. Baginya saat itu dia merasakan yang dia telah tewas dgn perasaannya sendiri dan dia juga tidak mampu utk menahan hatinya lagi.

Persoalan yang sentiasa bermain dlm mindanya skrg ialah, adakah dia mampu utk meneruskan apa yg telah di lakukannya kini. Kenyataannya ialah jawapan itu berada dlm dirinya sendiri. Adakah keputusannya betul atau tidak dia memilih utk berada di tempat tersebut pada suatu ketika dahulu..? setelah bertahun dia mencuba, namun dia tidak ada pilihan melainkan meneruskannya lagi.

Sehinggalah suatu saat dalam tangisnya dia berkata, ‘selagi aku bertahan, aku akan bertahan. Seandainya aku telah penat, tolong ingatkan aku pada susahnya aku utk sampai ke tahap ini.’ Seandainya mereka tahu apa yang tersirat dlm hati gadis yang bertudung itu. Dalam gelak tawanya juga masih terkandung tangisan hati yang sayu, dalam mahalnya sebuah senyuman, betapa ikhlas hatinya, dalam renungan tajamnya itu tersimpan seribu erti sebuah kehidupan.

“Susah sgt ker aku nk terima semua perkara ni....??”

*****************************************************************************

Aku terdiam sekejap apabila aku mendengar kisah ni. Persoalan aku skrg, sekiranya pepatah pernah mengatakan ‘tak kenal maka tak cinta’. Tapi mcm mana pulak kisah si gadis tersebut...?? makin dia mencuba makin di tak pasti....

Korang tau, aku pernah di beritahu tentang satu perkara .

“SEANDAINYA KITA TAHU DAN FAHAM ERTI SEBUAH KESUSAHAN, KITA TAK AKAN PERNAH MENGELUH DALAM HIDUP KITA NI WALAU SESUKAR MANA PUN SEBUAH SITUASI TERSEBUT.”



Dalam diam, aku mengakuinya. Betapa bersyukurnya aku utk menyedari hal tersebut.

Okey, kita beralih kembali pd kisah yg aku citer td. Adakah si gadis tersebut dpt bertahan dgn keadaan tersebut mahupun tidak..?

Kesimpulannya, kalau tak nak kes jadi mcm tu, jgn biarkan sesuatu perkara yg kita pilih tu akan menjadi beban pada kita kelak. Lagi satu, sekali sekala dengarlah kata hati sendiri utk membuat pilihan yg kita inginkan. Jgn benarkan kita terlalu mudah utk dipengaruhi terutama dlm memili perjalanan hidup kta sendiri kerana suatu hari nanti kita sendiri yg perlu menjadi nakhoda utk perjalanan kehidupan kita sendiri.