Wednesday, November 24, 2010

UNTITLED...

..kali ni aku rasa sangat jelas ttg kedudukan aku..
waaaaaaa..bunyinya cam seyes ja...
hahhahaa..
xda lah...
gurau ja beb...

so, skrg aku nk cerita and bagitau lh sikit ttg ap yg ak xpuas hati dan sikit pandangan aku ttg isu2 skrg xkira lh dr segi apa2 pn..
(pendapat aku adalah hak aku, xda kena mengena ngan sapa2 pn yer..)

1. aku tau, skrg ni zaman dh makin maju dan bdk2 pn dh makin pndai. Tapi syg, mana perginya maruah dan adab2 sbg org melayu. kalo bkn melayu tulen pn, tolong lah jaga maruah diri, bangsa, dan negara jgk. Aku terbaca yg kes bdk2 yg berciuman kt tepi jln tu. Bdk melayu plak tu..ntah p nk jd ngan bdk2 skrg...jd, kt sini aku nk sarankan, pihak ibu bapa jgn lh bagi kebebasan yg melampau kt anak2.

2. Smlm, aku terdengar berita ttg kes kt Vietnam, pasal kes terburuk yg pernh terjadi sejak berthn2 dahulu. Kalau xslp aku pasal pesta air sbb berakhirnya musim hujan kt tmpt dieorg kot. Tp sbb kes yg menyebabkan kesesakan org ramai tu tu masih disiasat. Tp pd pendapat aku lah, maybe sbb Allah nk bagi 'hint' dh kot sikit2..maksud aku, Allah dh mula bg petanda kt kita ttg dunia ni..tengok, betapa banyaknya mayat yg bergelimpangan disebabkan kes tolak-menolak tu...

3. Ptg smlm, aku ad menonton racangan National Geographic yg bercerita ttg Sotong katak kt Laut Sulawesi dan juga di Laut Afrika. Pada waktu tu aku rasa sangat takjub meliht betapa hebatnya kebesaran Allah s.w.t. Bukan first time aku tgk , tp saat tu aku rasa betapa byknya perkara yg aku belum ketahui kt dunia ni..semakin byk benda dan perkara yg aku lihat dan pelajari, semakin aku rasa bodoh dan tidak berilmu.

4. Cinta xboleh dipaksa. Aku sgt pasti ttg tu. Tapi aku tau, cinta tu boleh dipupuk. Sebab, semua perkara tu sebenarnya bermula dr satu titik. Dari perkara yg kecil tu lh, jika kita sendiri yg membajainya dan menjaganya , akhirnya ia mampu menjadi sesuatu yg amat besar dan bermakna. Begitu juga dgn perasaan manusia. Seandainya, kita bijak menjaga dan membajainya, tidak mustahil perasaan cinta dan sayang tu wujud. betul x..???

5. Sejak akhir2 ni aku rasa, ada org yg yg ingin menjauhkan diri dr aku. aku pn xtau kenapa. Tapi aku rasa, aku dh xkisah kot. Mungkin aku yang terasa hati, tp aku hormati haknya utk jauhkan diri dr aku. Tapi walau apa pn yg terjadi slps ni, mungkin ak masih dan ttp akan terima dia sbg kawan aku. Sbb dia pernh mnjdi kwn aku.

6. Tapi dlm byk2 perkara aku paling bencikan manusia yg mudah lupa diri. Lupa kedudukan, lupa diri, lupa asal usul, lupa sejarah hidup sendiri, lupa kekhilafan sendiri, dan yg paling aku benci lupa kwn2 yg prnh mengharungi dan menjadi sebahagian dr hidupnya dahulu. Aku xprnh memaksa seseorg tu utk mengingati aku, tp sekurg2 jgn menghlg aku utk mengetahui keadaannya.....

7. Aku menulis bkn ikut emosi. Aku menulis masih dibwh logik akal aku lg. Kdg2 aku mudah dipngaruhi emosi, tp aku masih mampu berfikir dgn baik dan berfikir ttg risikonya. Tapi aku xmudah dipengaruhi oleh org lain. Apa yg aku rasakan betul, aku lakukan. Jadi pendek kata , JUST BE YOURSELF...!!

8. Kadang kala, aku rasa yg aku bersendirian. Tapi sebenarnya masih ada org yg kisah ttg aku, cuma aku yg xsedar. Bila kita bersedih dan rasa sgt kecewa, kita hanya memikirkan org yg menyebabkan kita bersedih saja. Tapi kita terlupa ttg org yg sentiasa ada utk kita dlm diam.

9. Sebenarnya, masih byk perkara yg aku ingin katakan tp aku rasa xsemua perkara tu aku perlu ckpkan dlm blog ni kan..Aku akan keluarkan perkara2 ata bemda yg betul2 aku rasakan aku perlu katakan dlm blog ni.. sesiapa yg terasa tu fhm2 ja lah..kdg2, manusia ni ad byk jenis. slh satunya hipokrit. Kt dpn bkn main berlagak baik, kt blkg, kutuk hbis-habisan. Tpi tulh, siapalh aku ni nk ttp mulut dieorg kan....? dh namanya manusia...

Okey lh, aku nk out dulu lah...setakat ni ja lah dulu entry aku tuk kali ni....
bye2...!!

-liyana-

6 comments:

  1. ada masa.. kita ni diberikan hak utk bersuara.. sgt kagum membaca point yang atas2.. sampai yg bawah2 tu rasa mcm tak sedp ati pulak..

    tak salah untuk menjadi diri sendiri.. tp bukankah baik menjadi diri sendiri yang baik dari pandangan semua orang... bukan menjadi diri sendiri yang sentiasa marah2.. marah tu kawan syaitan.. syaitan suka orang2 yang marah2 dan suka memutuskan tali persaudaraan..

    relax.. berfikiran positif.. klau ada perkara yg merenggangkah hubungan.. maintainkah hubungan dgn memberi masa kepada diri sendiri sehingga sejuk dan kembali merindu.. masa tu baru cik liyana berfikir dgn logik akal..

    menulis dngn senyuman tnpa ada ada emosi yg bukan2..

    ikhram

    ReplyDelete
  2. erm....betul..saya sedar ttg tu..mmg kdg2 xbaik sentiasa mrh2...tp saya juz nk ckp apa yg betul..
    saya pn xprnh nk putuskan apa2 hubungan pn...
    thats why, kdg2 saya sentiasa cri peluang nk berhubung kembali dgn kwn2 lama..tp syg, bkn semua mcm tu...

    tp kdg2 krn sbb marah tu jgk yg ajar saya tuk jd lebih pemaaf & sabar. Sbb apa yg saya tau, seteruk mana pn saya marah kt seseorg ataupun perkara lain, saya ttp maafkan dieorg...kdg2 tu jgk yg jd kelemahan saya...

    so, terima kasih sbb atas pandangan awak...

    ReplyDelete
  3. mcm tu la.. bukan senang nak jadi pemaaf.. tp dengan jalan itu kita melarikan diri kita dari[ada masalah secara tak sedara..
    kebencian ni hanya membuatkann masalah sentiasa mengelilingi kita..

    relax.. kita bukan seteruk yg orang lain sangkakan.. sebab yg kenal diri kita adalah diri kita sendiri.. tp pandnagn orang perlu juga dijaga k?

    sekali lagi menaip dengan senyuman.. tak de emosi yg bukan2

    ReplyDelete
  4. betul...pandangan org jg perlu dijaga..
    tapi saya xkisah sgt dgn pandangan org lain. asalkan apa yg saya buat dan perkatakan tu xkn menyakitkan hati org lain sudah, kan..?

    saya pn menaip dengan fikiran yg positif dan tersenyum menjawab komen anda...xda sebarang pengaruh emosi...
    hehehhee..
    =)

    ReplyDelete
  5. just be yourself..

    benarkah kite hidup ni selalu menjadi diri sendiri?
    tidak.

    sejak lahir..
    kita telah terdidik seolah2 utk mnjadi orang lain...

    ahh...fikiran bercelaru ketika mmberi komen...haha

    ReplyDelete
  6. shemmi: mungkin jgk..tp ad saat kita perlu bertindak mengikut keperluan kita sendiri jgk..bkn atas dasar org lain jgk kan...?

    hahahhaa...jgn celarukan fikiran anda..!! cool sudaaaaaa...!!

    ReplyDelete