Tuesday, September 14, 2010

Apabila Mata mula berkata-kata...

...Mesti ngeri jika mata mampu berkata-kata dan bercakap..
sebab ia akan memberitahu segalanya tentang apa yg dilihat..
yg baik mahupun buruk..
Mata jugak tidak mampu untuk berbohong...


Benar kata org..
mata xmampu menipu, tapi ada benda lain yg boleh menipu..
Seandainya mata ini dapat berkata-kata,
ia akan memberitahu dan bercerita bahawa:

1. pada zaman sekarang, aku tgk ramai manusia yg memakai pakaian yg 'tidak cukup kain'. Terdedah sana, terdedah sini...Ini kah yg dikatakan zaman moden ataupun mahu kembali kpd zaman Mesopotamia yg dahulu???
2. kalau dahulu aku tgk perempuan dan lelaki bukan kalau bersembang bukan main jauh lagi, kalau menjerit pn belum tentu dgr lagi pn, org lain masih mengata.Tapi sekarang aku tgk lelaki dan perempuan bukan muhrim bertepuk-tampar sebelah menyebelah pn, mak bapak sendiri xckp apa2 pn..Apa kes plaknya ni...??
3. Aku pn tgk xkira lelaki atau perempuan sekarang yg lebih byk menggunakan anggota mulut mereka utk menilai org lain...mana otak fikiran mereka utk berfikir dahulu sebelum bercakap..??
4. kenapa sekarang ni mulut lebih byk mainkan peranan dr mata..?? Ialah, manusia ni belum tgk sesuatu hal dengan jelas lg dh mula nk menyalahkan dan memburuk2 kan org lain...
5. Lagi satu, kenapa lh manusia ni xpandai nk control aku..?? kenapa suka tgk video2 yg xelok2?? kenapa nk tgk jgk rancangan2 yg xelok..?
6.Tapi aku suka bila, manusia akan berubah hatinya apabila bijak menggunakan aku...kerana DARI MATA TURUN KE HATI..
ehhehehe..
7. Aku tgk manusia hari ni lebih menilai luaran dr dalaman..kdg2 aku pn nk nilai org lain gunakan mata hati aku...bkn mata kasar aku..
8. kdg2 aku mmg bencikan manusia2 ni..xpandai nk gunakan aku!! Cepat jer kaki tgn manusia bertindak bila nmpk sesuatu. bknnya nk perhatikan dulu apa yg berlaku...Itu lah manusia..lebih cpt bergerakbls dr berfikir dahulu..
Seandainya, mata ini dpt berkata-kata, dr awal2 lg kita sentiasa berjaga2..sbb xnk mata kita sendiri berkata2 yg buruk ttg kita sendiri..kan..??
Fikir2 kan lah...


-liyana-

No comments:

Post a Comment